Thursday 26 January 2012

TUN M gi THAILAND???


Alamak adakah benar cerita yang dilaporkan oleh beberapa akhbar rasmi Thailand berbahasa Inggeris yang melaporkan mereka akan mendedahkan rahsia Tun M ke Thailand jumaat ini.
Sebelum ini Anwar juga pernah ke Thailand dan didakwa terbabit dengan rakaman seks siri sambungan carcosanya bersama seorang gadis china yang sempat dirakamkan serta pendedahannya tersebar luas di internet.
Kenapa beriya sangat Tun M ke Thailand jumaat ini sehingga akhbar thailand bersungguh-sungguh untuk memdedahkan apa yang berlaku terhadap Tun M disana????

Tun Mahathir Dianugerah Ijazah Kehormat Oleh Universiti Thailand

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianugerah ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang Sains Politik oleh Universiti Naresuan di sini pada Jumaat.
Anugerah diberikan kerana usaha berterusan dan sumbangan besar beliau kepada rakyat Malaysia dan negara-negara Asean.
Presiden universiti itu, Prof Dr Suhjin Jinahyon akan menyampaikan ijazah tersebut kepada Dr Mahathir di dalam satu majlis di sebuah hotel di sini.
Pihak universiti turut memuatkan iklan separuh muka di dalam sebuah akhbar utama berbahasa Inggeris, mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir di atas penganugerahan itu.
Universiti Naresuan yang dinamakan sempena nama Raja Naresuan dibangunkan dari sebuah Kolej Pendidikan pada 1967 dan kemudiannya ditubuhkan sebagai Kampus Phitsanulok, Universiti Srinakharinwirot pada 1974 sebelum secara rasmi diberi status universiti pada 29 Julai 1990. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment