Saturday 29 September 2012

Bajet 2013: Memakmur Negara,Mensejahtera Rakyat:Sebuah Janji Ditepati..Bajet PR bajet JINGGO buyuk rakyat..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September 2012.


Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009.


Walaupun ramai yang mengatakan ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, namun bagi kerajaan Barisan Nasional ia adalah sana sahaja, samada pilihan raya atau tidak.


Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang.


BN sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang jika dibandingkan dengan pembangkang.


Sebab itu tidak salah kalau Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat dan pertumbuhan ekonomi dalam belanjawan kali ini.



Malah jika belanjawan kali ini pro-rakyat adalah kerana itulah yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib ketika melancarkan slogan pentadbirannya yang mendahului rakyat dalam segala aspek program pembangunan negara.


Setakat ini Perdana Menteri telah menepati segala janjinya yang dibuat kepada rakyat ketika melafazkan sumpah jawatan dahulu.


Inilah yang menjadi jurang perbezaan yang amat ketara antara kerajaan BN dan pembangkang yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat.


Jika dilihat daripada kemelut air yang berlanjutan di Selangor, kegagalan kerajaan negeri PAS Kelantan membekalkan air bersih kepada rakyat, usaha menumbangkan Menteri Besar PAS oleh anggota Exco daripada parti sendiri dan sikap rasis, sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh DAP di Pulau Pinang, tidak silap kalau dikatakan pembangkang hanyalah satu pakatan untuk menipu rakyat.


Sementara kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib mengorak langkah dan menyusun strategi rapi untuk meningkatkan tahap pendapatan rakyat dan negara di tahun-tahun mendatang, Ketua Pembangkang pula tidak segan silu menabur janji-janji manis yang beliau sendiri tahu tidak mampu di tepatinya.


Ambil sahaja contoh janji-janji yang dibuat Anwar untuk meraih undi antaranya menurunkan harga petrol, menjanjikan pendidikan percuma, menghapuskan PTPTN, menurunkan harga kereta dan terakhir menjanjikan rumah mampu milik kepada rakyat.


Memang bunyinya sedap didengar dan apabila dibaca janji-janji ini di dalam kitab mereka yang dinamakan Buku Jingga, ada juga yang terpikat dan terpangaruh.


Namun hakikatnya adakah semua janji yang dibuat pembangkang praktikal kepada rakyat dan menguntungkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang?


Umpamanya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi juara kereta murah.


Jika kereta murah memang berduyun-duyun rakyat daripada setiap lapisan masyarakat mungkin akan mampu memiliki kereta idaman mereka tetapi bagaimana pula dengan perancangan untuk mengurangkan kesesakan dan juga kemalangan.


Jika jumlah kereta sudah sesak di jalan raya, kerajaan terpaksa pula membina lebih banyak jalan dan lebuh raya untuk mengatasi kesesakan.


Tol pula perlu dikenakan di lebuh raya baru oleh syarikat konsesi untuk tempoh beberapa dekad.


Rakyat kini merungut kerana di kebanyakan kawasan perumahan tempat meletak kereta tidak mencukupi.


Sudahkah Rafizi memikirkan bagaimana mengatasi masalah tempat parkir yang amat terhad jika cadangan beliau itu menghasilkan lambakan kereta yang tidak terkawal?


Contoh yang mudah ini sudah cukup untuk membuat rakyat faham bahawa pembangkang tidak mampu menjana penyelesaian kepada masalah yang dihadapi samada sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.


Anwar hanya menyediakan alternatif bukannya penyelesaian - jika harga petrol kini didakwa tinggi, beliau hanya mengambil jalan mudah dan populis dengan berjanji untuk menurunkan harga.


Begitu juga dengan PTPTN - jika kini pinjaman diberikan kepada ribuan pelajar kolejm dan universiti, Anwar hanya mengambil jalan mudah untuk menghapuskan segala hutang PTPTN dan menjanjikan pendidikan percuma.


Persoalannya adakah pernah Anwar menerangkan walaupun sedikit kepada rakyat cara mana atau mekanisma cadangan-cadangan beliau atau yang terdapat di dalam Buku Jingga ingin dilaksanakan?


Bagi kerajaan BN pula, setiap dasar, program dan projek pembangunan yang hendak dijalankan telah melalui satu proses penilaian yang ketat supaya apabila dilaksanakan kelak menepati tujuan dan matlamat.


Bukannya seperti program air percuma Pakatan Rakyat di Selangor tetapi akhirnya rakyat sendiri yang menyaman kerajaan negeri kerana tidak mampu menunaikan janji.

70% Rakyat Yakin dan Percaya Pakatan Rakyat tewas PRU ke-13..ckp2 depa hnya angan2 kosong..

Bagi para pembaca yang gemar melayari internet dari satu blog ke satu blog tentu saja ada terbaca beberapa artikel pro pembangkang yang isinya gah melambung-lambung meraikan angka 30% yang tercatat dalam laporan Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).



Angka 30% yang penulis maksudkan itu merujuk pada laporan kajiselidik yang disediakan oleh UMCEDEL yang menyatakan peratusan keyakinan umum terhadap PR untuk memenangi PRU 13 telah meningkat dari 21% kepada 30% respondan.


Dalam kajiselidik tersebut, UMCEDEL melaporkan daripada 1,536 respondan yang ditemubual, 44% mempunyai keyakinan yang BN akan kekal memerintah negara ini, 26% lagi enggan menjelaskan pendirian mereka manakala 30% atau 461 orang lagi amat yakin PR akan menguasai PRU 13.


Dan angka 30% itulah dicanang oleh para penglipurlara PR kononnya sebagai asas kukuh itulah petanda PR akan mengalahkan BN dalam PRU 13 kelak. cara propaganda yang mereka gembar gemburkan itu seolah-olah peratusan 30% itu begitu hebat walau hakikatnya ia hanyalah minoriti sahaja.


Walhal selama ini penyokong dan pemimpin pembangkang amat alergik dengan sebarangan kajiselidik kecenderungan pengundi kerana bagi mereka semuanya itu hanya propaganda BN sahaja.


Di pihak kita pula tidaklah pula menolak secara keseluruhan setiap kajian dan tidaklah juga bergantung seratus peratus pada setiap kajiselidik sedemikian memandangkan jumlah respondan yang dijadikan sampling terlalu rendah dan tidak mengambarkan senario keseluruhan.


Namun demikian, tidak salah untuk kita mengambil info dan menganalisis data yang disediakan oleh pelbagai pihak kerana ada kalanya dari beberapa sudut ada info bermanfaat yang boleh diberi perhatian sekalipun ia bertentangan dengan kajian langsung yang lebih besar samplingnya dan lebih mendalam culaan undi sebagaimana kerap kita lakukan.


Berbalik pada isu asal, tika ini pihak PR dan gerombolan penyokong mereka seperti terawang-awangan semacam sudah terlupa peratusan keyakinan respondan dalam kajiselidik UMCEDEL itu terhadap BN jauh mengatasi tahap keyakinan umum kepada PR. Seramai 676 orang respondan atau mewakili 44% dari 1,536 respondan yang terlibat dalam kajiselidik itu meletakkan keyakinan pada BN untuk memenangi PRU 13.


Manakala 26% atau 399 orang lagi yang enggan memberikan jawapan jelas biasanya dalam bahasa mudah dikenali sebagai golongan atas pagar, kelihatan seperti tidak memihak pada sesiapa. Namun sebetulnya, diam mereka berisi macam diam-diam ubi.


Dalam mana-mana rekod pilihanraya umum, kajiselidik mahupun sejarah pilihanraya kecil sebahagian besar golongan atas pagar acapkali memihak pada BN, itu realiti.


Dan kerapkali apabila melihat negara tergugat dengan porak peranda serta polemik tak berkesudahan yang dicetuskan oleh pembangkang, golongan atas pagar akan beramai-ramai keluar mengundi untuk memenangkan BN.


Itu hakikat yang sehingga kini amat memeritkan jiwa raga pemimpin pembangkang. Realiti yang sukar dicerna oleh akal pemimpin dan penyokong PR bahawa lebih ramai rakyat negara ini amat tidak menyenangi polisi PR berbanding segelintir sahaja yang menyokong mereka secara buta tuli.


Jika penyokong dan pemimpin PR masih memandang tinggi angka 30% tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh responden dalam kajian UMCEDEL itu, nampaknya dunia sudah terbalik dan kaedah besar dan kecil angka matematik perlu diubah secara drastik.


Hatta perbezaan ketara diantara 44% dengan 30% pun kanak-kanak pra sekolah yang belum tamat belajar di taska PASTI kelolaan PAS sudah dapat membezakannya, bukankah kelakar yang amat bilamana para pemimpin dan penyokong PR masih juga melihat peratusan 30% masih besar seperti bas mewah.


Dalam mana-mana pengiraan undi, jika jumlah pengundi bagi sesatu kawasan itu ada 1,536 orang dan sejumlah 461 undi (30%) bersama PR ia tetap lebih kecil dari jumlah 676 undi (44%) yang memihak pada BN. Malah jumlah 461 undi akan tewas lebih teruk bila sejumlah 399 undi (26%) bergabung bersama dengan 676 undi yang lain.


Hakikatnya, selagi majoriti rakyat Malaysia kekal bersama BN dan tetap yakin mengamanahkan halatuju negara ini kepada pemimpin BN, ditambah lagi tahap keyakinan golongan atas pagar begitu besar jurang kepercayaan mereka terhadap PR, selama itulah PR perlu menerima realiti yang mereka hanya mampu berangan-angan sahaja

Penafian Mat Sabu..

Kelmarin  tersebar gambar individu bersama seorang gadis cantik sambil memegang segelas arak.

Gambar ini dirakamkan disebuah kelab malam tempat vvip ini berpoya poya dengan gadis gadis cantik. Gambar yang didedahkan oleh MPP ini dikatakan sebahagian daripada beberapa aksi aksi ganas yang bakal meletup tak lama lagi.

Kepada pembaca liberal PAS,PKR dan DAP pasti gambar seperti dibawah tidak menjadi masaalah memandangkan apa saja yang dilakukan oleh pemimpin mereka pasti akan mendapat sokongan terutamanya daripada para tok guru dan wali parti PAS.





Pisau kata "MPP dah nafi bukan beliau yang bersama gadis cantik tu..abis tu sapa?"

Bajet Najib 2013 dipertikai Pakatan Haprak

Pembentangan bajet kali ini benar benar menyusahkan pelbagai lapisan masyarakat. Bolehkah kita terima bajet yang bertemakan  ''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati' ?


Cuba korang bayangkan  pelbagai lapisan masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan turut terkena tempias dek kerana pemimpin seperti Najib berbelanja begitu boros menghabiskan wang untuk mereka ini.


Paling tak sedap apabila dalam ucapan Najib katanya ''Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," korang boleh terima kah ayat macam tu?


Sebenarnya ayat diatas terbuku didalam otak kacang kalangan haprak pakatan yang menolak bajet yang diumumkan oleh Najib ,Yang pasti mereka  dah tak mampu untuk berbohong kepada diri sendiri bahawa Bajet 2013 kali ini benar benar menyentuh denyut nadi rakyat.










Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2013 melibatkan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

 
Tahun lalu, sebanyak RM232.8 bilion diperuntukkan iaitu RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bilion bagi perbelanjaan pembangunan.


Bertemakan''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati' Bajet 2013 bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Najib yang juga Menteri Kewangan memulakan ucapannya pada pukul 4.05 petang, menggariskan lima fokus utama iaitu merangsang aktiviti pelaburan; memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi, meningkatkan produktiviti; konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat.


Menurut Perdana Menteri, Bajet 2013 yang merupakan bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 digubal dengan fokus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.


''Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya di Dewan Rakyat hari ini. Bajet 2013 ternyata menggembirakan golongan penjawat awam apabila Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji bagi mengurangkan beban para penjawat awam.


Najib turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh apabila mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gelombang kedua kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan sebagai tambahan, kali ini BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dengan bayaran sebanyak RM250.
Bajet kali ini dilihat menyeluruh dan komprehensif apabila menyentuh secara langsung semua golongan masyarakat termasuk petani dan nelayan dengan memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi yang memberi kemudahan perlindungan kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar dan dijangka dapat memanfaatkan 172,000 pesawah.


Najib turut mengumumkan tambahan RM1 bilion bagi Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, khusus untuk membaik pulih sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.


Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara apabila mengumumkan akan menyelaraskan semula pencen pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820. Pelarasan ini mengambil kira bayaran bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan 50,371 pesara.


Bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, kerajaan bersetuju menambah baik skim ATM, meningkatkan peluang kenaikan pangkat melalui kaedah kenaikan secara time-based dan insentif khas dengan kadar RM200 sebulan kepada semua pegawai dan anggota ATM seramai 125,708 orang.


Sementara itu, bagi memberi akses kepada golongan belia kepada lebuh raya maklumat, Pakej Komunikasi Belia diperkenalkan dengan rebat RM200 akan diberi secara sekali bayar bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G dan ia terbuka kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.


Kerajaan juga komited memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki rumah sendiri dengan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah dengan harga berpatutan yang akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan Jabatan Perumahan Negara.


Di samping itu, Perdana Menteri turut menyatakan komitmen kerajaan untuk meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan prauniversiti dengan nilainya ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250 untuk manfaat seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara-utusan


Pisau kata "ayat paling bengong yang keluar dari mulut haprak pakatan bila persoalkan kerajaan kenapa yang kerja swasta tak dapat bonus !"

Wednesday 26 September 2012

Biskut Pilihan dimusim perayaan




Chocolate Chip cookies

We can already see you grinning when you read ‘Chocolate Chip cookies’. These cookies are a must-have during festivals because you know your relatives and friends love them as much as you do. Where do you get them? It’s pretty easy to get a decent bunch of Chocolate Chip cookies from supermarkets like Cold Storage and Jaya Grocers or even stores like Marks and Spencer’s. You can also visit Famous Amos in most shopping malls to buy the cookies. If you’re as lucky as my friend, you might even have a family member baking the cookies at home. Just be sure not to finish the cookies before Raya arrives.
Nescafe Cookies

Let’s just say you would like to change your appetite and try coffee cookies instead. Homemade Nescafe cookies are for the win. Other than tasting good, the aroma of Nescafe keeps you wanting more and more of them. Though not sold widely as Raya cookies, you can look for homemade Nescafe cookies which are being sold online. Most of them do promote their cookies on Facebook. Hurry up and place your orders by this week, or you won’t be getting any Nescafe cookies by Raya. There’s always the alternative to bake your own cookies by looking for Nescafe Cookies recipe.
‘Kueh Siput’

Nothing beats the traditional ‘kueh siput’, which is crunchy, aromatic and savoury. If directly translated to English, ‘kueh siput’ is known as the ‘snail’ cookie. The name of this snack is no mystery as you can see its snail-like shape quite easily. ‘Kueh siput’ is a challenge to make if you’re a newbie because you need to get the right texture for its batter. If the batter is too soft, the snack will not turn out to be crunchy. Also, there are improvisations on the recipe as some may add ‘santan’ (coconut milk) or even margarine for flavouring. Thinking of buying them off the shelf? They are probably sold out by now, but if you’re adamant, do look for them in Ramadhan Bazaars near your home.
‘Batang Buruk’ Biscuits

I know what you’re thinking – why the odd name? Most probably because it looks like a stick and the grated green bean powder makes it look old and dusty. ‘Batang buruk’ is a famous traditional kueh and a rave with the older generation like our parents. The ingredients for the biscuits include fried grated coconut, rice flour and green bean paste. It is crunchy and tastes sweet on the inside. For those who have carpets as home, get ready to start cleaning once your guests munch on this.
‘Popia Simpul Kasih’

If you haven’t heard of it, it’s probably because you’ve seen it but never knew its name until today. ‘Popia simpul kasih’ is a snack made of popiah skin and ‘serunding ikan bilis’ or ‘serunding daging’. These days, there are even recipes that include ‘serunding ayam’. Just like batang buruk, It’s a crunchy snack and popularly eaten during festivals like Hari Raya or even Chinese New Year. The name is derived from its shape of a tied knot. Though it’s not difficult to make, this snack can come with a hefty price if you were to order it from homemade businesses or get it off the shelf. I have seen prices up to RM35 per bottle, which is slightly expensive. 
There you have it, some of the must-haves during the Hari Raya festival. Five of them are probably not enough because we do crave for ‘kuih bahulu’, ‘kuih kapit’ and many more. Remember to keep your hands away from the snacks so that you can leave some for the guests!

Moga balik Malaysia dgn Haji Mabbur

MAKKAH,  (Bernama) - Kumpulan pertama seramai 312 jemaah haji Malaysia selamat tiba di kota suci Makkah dari Madinah awal hari ini. Mereka tiba kira-kira pukul 1 pagi Rabu (7 pagi waktu Malaysia) di hotel Janadiriyyah yang merupakan satu daripada 15 hotel di Makkah yang disewa oleh Tabung Haji bagi menempatkan hampir 28,000 jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji kali ini. 
Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman kumpulan pertama itu bertolak dari Madinah dengan bas pada pukul 5 petang Selasa (11 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Makkah selepas mengharungi perjalanan selama lapan jam. 
Beliau berkata selepas berehat dan bersarapan pagi, jemaah haji yang berpakaian ihram kemudian berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram yang terletak kira-kira 1km dari tempat penginapan mereka dengan diketuai oleh seorang mutawif atau pembimbing serta petugas Tabung Haji bagi melaksanakan ibadah umrah. Syed Saleh berkata berbeza daripada tahun sebelumnya, bagasi milik jemaah haji tiba sehari lebih awal di Makkah dan dimasukan ke dalam bilik jemaah haji seperti yang telah ditetapkan. 
"Ini membolehkan para jemaah fokus kepada soal ibadah sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di kota suci Makkah," katanya kepada wartawan Malaysia di hotel Janadiriyyah yang juga dijadikan pusat pentadbiran Tabung Haji ketika musim Haji. Syed Saleh berkata buat masa sekarang keadaan dalam Masjidil Haram masih belum sesak dan jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah umrah seperti tawaf dan saie dengan selesa. 
Beliau berkata ekoran cuaca panas di Makkah yang mencecah hampir 30 darjah celcius, maka jemaah haji diminta supaya tidak terlalu lama terdedah dalam panas cahaya matahari. 
Katanya seramai 350 petugas haji telahpun berada di Makkah jumlah itu akan bertambah sehingga ke 600 orang apabila tiba musim haji nanti musim haji.

Pengajaran buat pembangkang sering ketandusan isu

KUCHING, (Bernama) - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menarik balik saman fitnah beliau terhadap dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mereka memohon maaf kerana menyebabkan reputasi beliau tercemar dan diaibkan.
Hakim Datuk David Wong Dak Wah membenarkan permohonan Taib untuk menarik balik saman terhadap Timbalan Pengerusi (Komunikasi) PKR Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Senusi dan Naib Presidennya See Chee How, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Lintang, selepas mendengar hujahan pihak plaintif dan defendan. 
Saman itu, berkaitan risalah yang diterbitkan pada 11 April, 2007, oleh kedua-dua mereka berhubung artikel dalam akhbar, menyatakan Taib mengawal perdagangan kayu balak di Sarawak dan beliau telah menyalahgunakan kedudukannya dengan secara rasuah untuk memperoleh atau menerima bayaran sebanyak RM32 juta sebagai balasan membenarkan syarikat-syarikat perkapalan menjalankan perniagaan dengan lancar, ditarik balik tanpa kos. 
Mereka menerbitkan dan mengedarkan risalah dan artikel itu kepada orang awam termasuk pengunjung, pejalan kaki dan pengguna jalan raya di kompleks beli-belah Electra House di sini, pasar terbuka dan kawasan kejiranan berdekatan. 
Dalam permohonan maaf mereka, Wan Zainal Abidin dan See mengakui artikel dan kenyataan yang dibuat mereka adalah tidak benar dan tidak berasas. 
Artikel itu diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin dan disertakan dengan gambar Taib, telah mencemarkan reputasi beliau sebagai seorang individu, ahli politik dan Ketua Menteri Sarawak, di samping mengaibkan beliau.

Kisah Anwar kepinggin jadi PM, rakyat dikelintong..

10 september 1998, itulah hari ke 8 anwar melakukan roadshow ke seluruh negara kerana tak puas hati dr mahathir memecatnya.
puluhan ribu mendengar ucapan anwar di dataran merdeka.
kenapa bershit 3 perlu dilakukan di dataran merdeka ? hanya orang lama dalam pkr macam aku aje yang tahu.
anwar mahukan nostalgia 10 september itu berulang.
kerana itulah anwar mahu gerakkan semula gerakan reformasi ke dataran merdeka.
petang itu anwar ada berucap. aku menghafal setiap point dalam ucapannya.
antaranya dengan nada cukup marah anwar berkata.
'dulu saya diangkat dengan permaidani merah. saya katakan kepada mereka ( kerajaan) tak perlu itu semua pooraahhhh '. ( tujuannya nak bagitau para pendemo dia tak kepingin dengan tatacara kehidupan mewah ni waktu dalam kerajaan )
' ada orang kata saya marah..ya memang saya marah' .. ( merujuk kata ibrahim ali dalam mesyuarat terakhir MT yang menganggapnya marah dan kurang ajar kerana menumbuk meja kerana tak puas hati dipecat).
'saya pertahankan hak rakyat. hari ini saya jatuh ( telah dipecat) namun cepat-cepat rakyat angkat saya naik semula ( angkat dalam ertikata julang dia sebagai hero reformasi).
itulah fakta sebenar ucapan terakhir reformasi 10 september anwar. malam tu dia dicekup.
kemudiannya para spinners mula mendendangkan akan betapa marhaennya anwar semasa dan setelah meninggalkan kerajaan.
itulah propaganda yang dilakukan oleh mereka. itulah propa yang diolah secara kemas oleh penulis buku tumit archilles.
namun apa yang pasti tabiat lama kalau dah ketagih tetap akan diulangi kalau dah terhidang depan mata.
penagih seperti anwar ini, tak dapat dadah tahi lembu pun boleh menyetimkan semula perasaannya.
dulu dia menari, sekarang pun dia menari. dulu dia dituduh meliwat, sekarang pun kes belum selesai.
setakat naik jet peribadi ini memang standard tinggi manusia bernama anwar ibrahim.
kebanyakan para reformis 1998 sudah bijak dalam menilai hal perilaku dan ucapan anwar ibrahim.
apa yang dia cakap mengenai sebenarnya lebih banyak berhalunisasi dan kaya dengan penipuan dalam berkata-kata.
dia mem potray kan dirinya sebagai pemimpin marhaen. sayang cerekarama politik begini sudah tidak laku lagi.
dia bercakap mengenai transperansi dalam pentadbiran. suku sakat dikayakan. kroni digemukkan.
cakap itu sebenarnya merujuk kepada perbuatannya yang mengkayakan 15 orang kroni besar anwar ibrahim dalam skim kontraktor berwibawa sewaktu dia menjadi menteri kewangan.

FAKTA SKIM KONTRAKTOR BERWIBAWA.


Dizaman Anwar mentadbir ekonomi negara sebagai Menteri Kewangan, beliau telah melaksanakan SKIM KONTRAKTOR BERWIBAWA. Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM15 Bilion membantu kontraktor-kontraktor bumiputera yang berdaftar dibawah Kementerian Kewangan ketika itu.

daripada 2,000 syarikat kontraktor bumiptera yang berdaftar, hanya 15 [lima belas] sahaja yang “terpilih” untuk menikmati bantuan Kementerian Kewangan. Anwar sendiri yang “memilih” syarikat syarikat tersebut.

dana RM15 bilion untuk 15 syarikat dan ini bermakna setiap syarikat mendapat RM1 bilion.

setiap syarikat ini mendapat secara DIRECT NEGO, tanpa tender. 
tiada satu pun syarikat cina atau india yang Anwar bantu cara sebegini pada waktu itu.

salah satu syarikat yang “menikmati” durian runtuh dari Anwar ketika Skim Kontraktor Berwibawa itu dilancarkan adalah LANKHORST BERHAD [sekarang dikenali sebagai ARK Resources Berhad].
Waktu itu boss syarikat tersebut ialah Datuk Hj Kamaruddin Jaafar, bekas Setiausaha Agung ABIM ketika mana Anwar menjadi Presiden NGO tersebut. Malah Kamaruddin Jaafar pernah sekian lama menjadi Setiausaha Agung PAS.
bab akhlak ?
kenapa hingga ke hari ini anwar dan azmin enggan membersihkan nama shamsidar dalam kandang mahkamah setelah dihenyak bertahun-tahun oleh nallakarupan ?
foto jet di bawah. adalah salah satu kecanduan terlampau anwar dalam ber onani sasi mengenai slogan  'rakyat rakyat rakyat'.
pak kepiah dan makcik tudung labuh menganga lah siang malam kena tipu dengan anwar.
mungkin manifesto turunkan harga minyak itu bersesuaian dengan anwar.
KITA PEGANG PUTRAJAYA, HARGA MINYAK TURUN SERTA MERTA !
KERANA APPPPAAA ?
KERANA JET SAYA NAK PAKAI BANYAK MINYAK ! [Image]

Monday 17 September 2012


KUALA LUMPUR, 15 Sept – Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin hari ini sah menyertai PKR.
Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (gambar) yang dihubungi hari ini.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman rasmi berkenaan penyertaan beliau hari ini di Kampung Batu Arang, Labuan.”
Tambah Ahli Parlimen Gombak itu lagi, pengumuman itu dibuat dihadapan lebih 2,000 pengundi Labuan.
Turut serta menyertai PKR adalah Datuk Douglas Lint.

Ibrahim yang memegang jawatan bendahari Umno Sabah sebelum ini telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman.
 Beliau juga merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding.
Tambah Azmin, dengan pengaruh yang kuat daripada Ibrahim, beliau merupakan calon yang berpotensi untuk mewakili PKR di Labuan dalam pilihan raya akan datang.

“(PKR) Pusat belum memutuskan calon secara muktamad ... namun beliau adalah calon yang berpotensi besar untuk mewakili PKR,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah mengikut jejak langkah Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, dan Datuk Seri Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.
Azmin dalam laman Twitternya sebelum ini turut menyatakan akan ada berita penting yang akan dimaklumkan.

“Baru tiba di Labuan. Dalam perjalanan ke Bilik Gerakan KEADILAN Parlimen Labuan. Jam 3 petang ada pengumuman penting,” kata Azmin dalam Twitternya pagi tadi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabah hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.
Kerusi di  Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen...

Walau bagaimanapun Sabah masih kubu kuat BN..biarkan yg telah pergi..kami tetap pertahankan parti tunjang Melayu..Hidup BN Hidup UMNO..!!!.

Saturday 8 September 2012

T A M B U A K A R: Orang Tua Siapakah Warga Indonesia Ini ?

T A M B U A K A R: Orang Tua Siapakah Warga Indonesia Ini ?: ~ tambuakarsaba dikasi tau yang ini bapa 'pejuang' RCI di Sabah. Mengkali dia lupa yang bapanya masi pakai Passport. Jadi, apa status...