Wednesday 26 September 2012

Moga balik Malaysia dgn Haji Mabbur

MAKKAH,  (Bernama) - Kumpulan pertama seramai 312 jemaah haji Malaysia selamat tiba di kota suci Makkah dari Madinah awal hari ini. Mereka tiba kira-kira pukul 1 pagi Rabu (7 pagi waktu Malaysia) di hotel Janadiriyyah yang merupakan satu daripada 15 hotel di Makkah yang disewa oleh Tabung Haji bagi menempatkan hampir 28,000 jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji kali ini. 
Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman kumpulan pertama itu bertolak dari Madinah dengan bas pada pukul 5 petang Selasa (11 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Makkah selepas mengharungi perjalanan selama lapan jam. 
Beliau berkata selepas berehat dan bersarapan pagi, jemaah haji yang berpakaian ihram kemudian berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram yang terletak kira-kira 1km dari tempat penginapan mereka dengan diketuai oleh seorang mutawif atau pembimbing serta petugas Tabung Haji bagi melaksanakan ibadah umrah. Syed Saleh berkata berbeza daripada tahun sebelumnya, bagasi milik jemaah haji tiba sehari lebih awal di Makkah dan dimasukan ke dalam bilik jemaah haji seperti yang telah ditetapkan. 
"Ini membolehkan para jemaah fokus kepada soal ibadah sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di kota suci Makkah," katanya kepada wartawan Malaysia di hotel Janadiriyyah yang juga dijadikan pusat pentadbiran Tabung Haji ketika musim Haji. Syed Saleh berkata buat masa sekarang keadaan dalam Masjidil Haram masih belum sesak dan jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah umrah seperti tawaf dan saie dengan selesa. 
Beliau berkata ekoran cuaca panas di Makkah yang mencecah hampir 30 darjah celcius, maka jemaah haji diminta supaya tidak terlalu lama terdedah dalam panas cahaya matahari. 
Katanya seramai 350 petugas haji telahpun berada di Makkah jumlah itu akan bertambah sehingga ke 600 orang apabila tiba musim haji nanti musim haji.

No comments:

Post a Comment