Bagi para pembaca yang gemar melayari internet dari satu blog ke satu
blog tentu saja ada terbaca beberapa artikel pro pembangkang yang
isinya gah melambung-lambung meraikan angka 30% yang tercatat dalam
laporan Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Angka 30% yang penulis maksudkan itu merujuk pada laporan
kajiselidik yang disediakan oleh UMCEDEL yang menyatakan peratusan
keyakinan umum terhadap PR untuk memenangi PRU 13 telah meningkat dari
21% kepada 30% respondan.
Dalam kajiselidik tersebut, UMCEDEL melaporkan daripada 1,536
respondan yang ditemubual, 44% mempunyai keyakinan yang BN akan kekal
memerintah negara ini, 26% lagi enggan menjelaskan pendirian mereka
manakala 30% atau 461 orang lagi amat yakin PR akan menguasai PRU 13.
Dan angka 30% itulah dicanang oleh para penglipurlara PR
kononnya sebagai asas kukuh itulah petanda PR akan mengalahkan BN dalam
PRU 13 kelak. cara propaganda yang mereka gembar gemburkan itu
seolah-olah peratusan 30% itu begitu hebat walau hakikatnya ia hanyalah
minoriti sahaja.
Walhal selama ini penyokong dan pemimpin pembangkang amat
alergik dengan sebarangan kajiselidik kecenderungan pengundi kerana bagi
mereka semuanya itu hanya propaganda BN sahaja.
Di pihak kita pula tidaklah pula menolak secara keseluruhan
setiap kajian dan tidaklah juga bergantung seratus peratus pada setiap
kajiselidik sedemikian memandangkan jumlah respondan yang dijadikan
sampling terlalu rendah dan tidak mengambarkan senario keseluruhan.
Namun demikian, tidak salah untuk kita mengambil info dan
menganalisis data yang disediakan oleh pelbagai pihak kerana ada kalanya
dari beberapa sudut ada info bermanfaat yang boleh diberi perhatian
sekalipun ia bertentangan dengan kajian langsung yang lebih besar
samplingnya dan lebih mendalam culaan undi sebagaimana kerap kita
lakukan.
Berbalik pada isu asal, tika ini pihak PR dan gerombolan
penyokong mereka seperti terawang-awangan semacam sudah terlupa
peratusan keyakinan respondan dalam kajiselidik UMCEDEL itu terhadap BN
jauh mengatasi tahap keyakinan umum kepada PR. Seramai 676 orang
respondan atau mewakili 44% dari 1,536 respondan yang terlibat dalam
kajiselidik itu meletakkan keyakinan pada BN untuk memenangi PRU 13.
Manakala 26% atau 399 orang lagi yang enggan memberikan jawapan
jelas biasanya dalam bahasa mudah dikenali sebagai golongan atas pagar,
kelihatan seperti tidak memihak pada sesiapa. Namun sebetulnya, diam
mereka berisi macam diam-diam ubi.
Dalam mana-mana rekod pilihanraya umum, kajiselidik mahupun
sejarah pilihanraya kecil sebahagian besar golongan atas pagar acapkali
memihak pada BN, itu realiti.
Dan kerapkali apabila melihat negara tergugat dengan porak
peranda serta polemik tak berkesudahan yang dicetuskan oleh pembangkang,
golongan atas pagar akan beramai-ramai keluar mengundi untuk
memenangkan BN.
Itu hakikat yang sehingga kini amat memeritkan jiwa raga
pemimpin pembangkang. Realiti yang sukar dicerna oleh akal pemimpin dan
penyokong PR bahawa lebih ramai rakyat negara ini amat tidak menyenangi
polisi PR berbanding segelintir sahaja yang menyokong mereka secara buta
tuli.
Jika penyokong dan pemimpin PR masih memandang tinggi angka 30%
tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh responden dalam kajian UMCEDEL
itu, nampaknya dunia sudah terbalik dan kaedah besar dan kecil angka
matematik perlu diubah secara drastik.
Hatta perbezaan ketara diantara 44% dengan 30% pun kanak-kanak
pra sekolah yang belum tamat belajar di taska PASTI kelolaan PAS sudah
dapat membezakannya, bukankah kelakar yang amat bilamana para pemimpin
dan penyokong PR masih juga melihat peratusan 30% masih besar seperti
bas mewah.
Dalam mana-mana pengiraan undi, jika jumlah pengundi bagi sesatu
kawasan itu ada 1,536 orang dan sejumlah 461 undi (30%) bersama PR ia
tetap lebih kecil dari jumlah 676 undi (44%) yang memihak pada BN. Malah
jumlah 461 undi akan tewas lebih teruk bila sejumlah 399 undi (26%)
bergabung bersama dengan 676 undi yang lain.
Hakikatnya, selagi majoriti rakyat Malaysia kekal bersama BN dan
tetap yakin mengamanahkan halatuju negara ini kepada pemimpin BN,
ditambah lagi tahap keyakinan golongan atas pagar begitu besar jurang
kepercayaan mereka terhadap PR, selama itulah PR perlu menerima realiti
yang mereka hanya mampu berangan-angan sahaja
No comments:
Post a Comment