Pembentangan bajet kali ini benar benar menyusahkan pelbagai lapisan
masyarakat. Bolehkah kita terima bajet yang bertemakan ''Memakmurkan
Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati' ?
Cuba korang bayangkan pelbagai lapisan masyarakat
desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan,
penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan turut terkena
tempias dek kerana pemimpin seperti Najib berbelanja begitu boros
menghabiskan wang untuk mereka ini.
Paling tak sedap apabila dalam ucapan Najib katanya ''Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta
manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek
pembangunan," korang boleh terima kah ayat macam tu?
Sebenarnya ayat diatas terbuku didalam otak kacang kalangan haprak
pakatan yang menolak bajet yang diumumkan oleh Najib ,Yang pasti mereka
dah tak mampu untuk berbohong kepada diri sendiri bahawa Bajet 2013
kali ini benar benar menyentuh denyut nadi rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini membentangkan Bajet 2013 melibatkan peruntukan berjumlah RM251.6
bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan
RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Tahun lalu, sebanyak RM232.8 bilion diperuntukkan iaitu RM181.6
bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bilion bagi
perbelanjaan pembangunan.
Bertemakan''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji
Ditepati' Bajet 2013 bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan
masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah,
karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.
Najib yang juga Menteri Kewangan memulakan ucapannya pada pukul 4.05
petang, menggariskan lima fokus utama iaitu merangsang aktiviti
pelaburan; memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi,
meningkatkan produktiviti; konsolidasi fiskal dan mempercekap
penyampaian perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat.
Menurut Perdana Menteri, Bajet 2013 yang merupakan bajet terakhir
sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 digubal dengan fokus untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan
berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat
keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.
''Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta
manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek
pembangunan," katanya di Dewan Rakyat hari ini. Bajet 2013 ternyata menggembirakan golongan penjawat awam apabila
Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan
gaji bagi mengurangkan beban para penjawat awam.
Najib turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh apabila mengumumkan
pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gelombang kedua kepada ketua
isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan sebagai tambahan, kali ini
BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas,
berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dengan bayaran sebanyak
RM250.
Bajet kali ini dilihat menyeluruh dan komprehensif apabila menyentuh
secara langsung semua golongan masyarakat termasuk petani dan nelayan
dengan memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi yang memberi
kemudahan perlindungan kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar dan
dijangka dapat memanfaatkan 172,000 pesawah.
Najib turut mengumumkan tambahan RM1 bilion bagi Tabung Khas
Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, khusus untuk
membaik pulih sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan
pembinaan blok tambahan.
Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara apabila mengumumkan
akan menyelaraskan semula pencen pesara kerajaan yang telah berkhidmat
sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada
RM720 kepada RM820. Pelarasan ini mengambil kira bayaran bermula 1
Januari 2012 dengan melibatkan 50,371 pesara.
Bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai modal insan
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, kerajaan bersetuju menambah
baik skim ATM, meningkatkan peluang kenaikan pangkat melalui kaedah
kenaikan secara time-based dan insentif khas dengan kadar RM200 sebulan
kepada semua pegawai dan anggota ATM seramai 125,708 orang.
Sementara itu, bagi memberi akses kepada golongan belia kepada lebuh
raya maklumat, Pakej Komunikasi Belia diperkenalkan dengan rebat RM200
akan diberi secara sekali bayar bagi pembelian satu unit telefon mudah
alih pintar 3G dan ia terbuka kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun,
berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Kerajaan juga komited memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki
rumah sendiri dengan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000
unit rumah dengan harga berpatutan yang akan dilaksanakan oleh PR1MA,
Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan Jabatan Perumahan Negara.
Di samping itu, Perdana Menteri turut menyatakan komitmen kerajaan
untuk meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT
dan prauniversiti dengan nilainya ditingkatkan daripada RM200 kepada
RM250 untuk manfaat seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara-utusan
Pisau kata "ayat paling bengong yang keluar dari mulut haprak pakatan bila persoalkan kerajaan kenapa yang kerja swasta tak dapat bonus !"
No comments:
Post a Comment