Sunday 29 January 2012

Tahniah kpd Djokovic pertahan kejuaraan Terbuka Australia 2012

MELBOURNE 29 Jan. - Novak Djokovic berjaya mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia selepas menang perlawanan akhir menewaskan pemain pilihan kedua dari Sepanyol, Rafael Nadal 5-7, 6-4, 6-2, 6-7 (5/7) melalui Grand Slam paling lama dalam sejarah selama lima jam 53 minit...penat gila ni main sparuh mampuss...rezeki la klu menang..

Saturday 28 January 2012

HASAN Ali berucap di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung pada majlis Himpun di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

KEPALA BATAS 28 Jan. - Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).
Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad.
Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.
''Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi...jangan pergi, di mana logiknya?
"Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham.
"Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.
"Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti," katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.
Kira-kira 5,000 hadir pada program bertemakan Selamatkan Akidah itu.
Hadir sama Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid; Pengarah Urus Setia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.
Hasan menambah, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, Himpun tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.
Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera.
Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat....sumber utusan malaysia..

Thursday 26 January 2012

TUN M gi THAILAND???


Alamak adakah benar cerita yang dilaporkan oleh beberapa akhbar rasmi Thailand berbahasa Inggeris yang melaporkan mereka akan mendedahkan rahsia Tun M ke Thailand jumaat ini.
Sebelum ini Anwar juga pernah ke Thailand dan didakwa terbabit dengan rakaman seks siri sambungan carcosanya bersama seorang gadis china yang sempat dirakamkan serta pendedahannya tersebar luas di internet.
Kenapa beriya sangat Tun M ke Thailand jumaat ini sehingga akhbar thailand bersungguh-sungguh untuk memdedahkan apa yang berlaku terhadap Tun M disana????

Tun Mahathir Dianugerah Ijazah Kehormat Oleh Universiti Thailand

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianugerah ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang Sains Politik oleh Universiti Naresuan di sini pada Jumaat.
Anugerah diberikan kerana usaha berterusan dan sumbangan besar beliau kepada rakyat Malaysia dan negara-negara Asean.
Presiden universiti itu, Prof Dr Suhjin Jinahyon akan menyampaikan ijazah tersebut kepada Dr Mahathir di dalam satu majlis di sebuah hotel di sini.
Pihak universiti turut memuatkan iklan separuh muka di dalam sebuah akhbar utama berbahasa Inggeris, mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir di atas penganugerahan itu.
Universiti Naresuan yang dinamakan sempena nama Raja Naresuan dibangunkan dari sebuah Kolej Pendidikan pada 1967 dan kemudiannya ditubuhkan sebagai Kampus Phitsanulok, Universiti Srinakharinwirot pada 1974 sebelum secara rasmi diberi status universiti pada 29 Julai 1990. - BERNAMA