Monday 9 January 2012

Datuk Dr. Hassan Ali dipecat arahan ANWAR-PKR & PAS Tidak memperjuangkan ISLAM


''Politik adalah sesuatu yang tidak pasti, hakikatnya politik ini bertukar setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan." Itulah kata Datuk Dr. Hasan Ali pada sidang akhbar di kediaman beliau, 12 Disember lalu.
Dan ternyata kelmarin, perjalanan politik Hasan bertukar apabila beliau dipecat serta- merta oleh Jawatankuasa Pas Pusat kerana didakwa melakukan tindakan yang bertentangan dan merugikan parti.
Pemecatan Hasan sekali gus memenuhi agenda pemimpin-pemimpin tertentu sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang mahu menyingkirkan beliau.
Sikap telus Hasan dalam menyatakan kebenaran dan begitu tegas dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu, umat Islam dan institusi raja-raja dilihat ancaman kepada usaha pembangkang meraih undi semua golongan.
Sejak dari awal lagi, Hasan yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.
Selain berusaha menghalang penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam di Selangor, Hasan juga adalah penentang kepada gejala murtad di negeri berkenaan apabila bersedia menanggung risiko dengan menghadiri Himpunan Sejuta Umat (Himpun) biar pun ia tidak mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.
Tetapi Hasan tidak mempunyai karektor 'pak turut' sebab itulah beliau tegas untuk menentang gejala berkenaan kerana ia berkaitan dengan aliran perjuangannya iaitu Islam.


Begitu juga apabila beliau menentang perhimpunan Bebaskan Anwar 901, ia juga dilakukan atas dasar prinsip kerana kes berkenaan adalah kes peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh itu rakyat termasuk ahli Pas tidak harus diseret ke jalanan.
Bagi Hasan, Pas tidak sepatutnya mengerahkan penyokong parti itu terutama golongan muda turun ke jalanan bagi menyokong Anwar.
Akibat perjuangan itu semua, Hasan akhirnya dipecat kerana didakwa tindak-tanduknya merugikan parti. Mungkin Hasan dilihat merugikan Pas kerana penegasan perjuangan Islam akan menyebabkan orang bukan Melayu tidak akan mengundi parti itu.
Dan Hasan juga merugikan Pas kerana kenyataan terhadap Anwar akan menyebabkan Pas tidak akan diberi kuasa memerintah bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP jika pembangkang menang pilihan raya nanti.
Justeru Pas tiada pilihan, mereka terpaksa tunduk kepada desakan pemimpin-pemimpin PKR supaya Hasan dikenakan tindakan kerana dianggap liabiliti kepada pembangkang.
Ternyata PKR begitu berkuasa dan Pas tidak mampu melawan, Hasan dipecat yang sekali gus membuktikan bahawa parti itu akur dengan kehendak PKR.
Dan dalam masa yang sama sudah pastilah akan ada pemimpin DAP yang menarik nafas lega kerana di Selangor sekarang tidak ada lagi pemimpin pejuang seperti Hasan.

No comments:

Post a Comment