Sunday, 8 January 2012

Sama2lah kita berdoa agar Anwar tidak mjadi PM..Ini PM mengsengsarakn rkyt

Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap mahu menjadi Perdana Menteri biarpun dipenjarakan, menunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita politiknya.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, jika Anwar dipenjarakan bermakna sudah tentu pemimpin pembangkang itu didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan meliwat.
"Rakyat perlu menolak pemimpin sedemikian dan berdoa agar seseorang yang bersalah meliwat tidak akan menjadi Perdana Menteri.
"Sebab kalau orang seperti ini jadi PM maka Malaysia dikhuatiri dilanda bencana seperti musibah yang menimpa kaum Nabi Luth a.s," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Ibrahim mengulas kenyataan Anwar yang menegaskan beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biarpun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.
Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Anwar berkata, pembangkang akan melantik seorang 'Perdana Menteri sementara' jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti.
Ibrahim berkata, jika seseorang yang didapati bersalah meliwat menjadi Perdana Menteri maka negara dibimbangi menghadapi pelbagai masalah termasuk gempa bumi, tsunami dan sebagainya yang menyebabkan rakyat merana.
Beliau menambah, polis perlu berwaspada ketika menangani perjalanan perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 bagi mengelak daripada dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu.
Katanya, berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan yang melibatkan jumlah yang ramai boleh mencetuskan pelbagai kejadian termasuk provokasi yang akhirnya pihak keselamatan dipersalahkan.
"Selepas itu, media luar negara akan siarkan di seluruh dunia yang Malaysia sudah huru-hara. Polis (jadi) kambing hitam. Lepas itu pula polis (terpaksa) cari video tunjuk mereka tak bersalah seperti kes di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini," katanya.
Ibrahim turut mempersoalkan kewajaran polis membenarkan perhimpunan tersebut kerana pihak berkuasa itu sepatutnya mengambil kira segenap sudut sebelum membuat keputusan termasuk pendirian dan perasaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat bantahan.
"Kalau polis melayani pihak sebelah sana, jangan pula kepentingan majoriti senyap diketepikan termasuk beratus-ratus laporan polis yang telah dibuat bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan itu.
Sementara itu, Ibrahim telah mengetuai kira-kira 300 orang berarak sejauh dua kilometer dari Madrasah Salihiah membuat laporan polis sebagai tanda tidak berpuas hati dan bantahan terhadap kebenaran yang diberikan itu.

No comments:

Post a Comment