Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat
supaya tidak membuat ‘perubahan’ yang belum pasti menjamin kemakmuran
dan kesejahteraan kepada mereka.
Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib
sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka
boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang
ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.
“Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah
kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa
akan datang,” kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka
Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di
Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, hari ini.
Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis
pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang
dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.
Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan
kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman
telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat.
“Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa
kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa
perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.
“Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada
juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari
apa yang kita kecapi hari ini,” katanya.
Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan
pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina
perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020.
Beliau berkata negara maju pun jika tidak ditadbir dengan baik dan
gagal membina kekayaan baru ia juga akan runtuh dan menyebabkan ekonomi
negara mereka gawat seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah yang
mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi.
“Hakikatnya kita tak boleh terima bantuan demi bantuan tanpa
memikirkan macam mana nak mencipta dan menjana kekayaan…negara yang bagi
bantuan tanpa jana pndapatan baru, ekonomi negara akan menghadapi
masalah,” katanya.
Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah di antara
lebih 70,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri itu.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri. – MediaUMNO
No comments:
Post a Comment