Keprihatinan terhadap keperluan rumah kediaman mendapat perhatian
daripada kerajaan apabila dalam Bajet 2013 yang dibentang oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada menyatakan untuk membina
123,000 unit rumah mampu milik dengan harga berpatutan untuk mereka yang
layak.
Pembinaan rumah berkenaan akan dilakukan dibeberapa kawasan strategik
terutama di kawasan bandar utama di seluruh negara seperti di Kuala
Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Bahru (Johor), Seremban (Negeri
Sembilan) dan Kuantan (Pahang).
Naib Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim
berkata pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan kerajaan sentiasa
komited untuk membantu rakyat terutama dalam isu kediaman yang sempurna
dengan memiliki rumah sendiri.
“Memiliki rumah dan kediaman yang sempurna menjadi impian setiap
orang terutama di kalangan mereka yang sudah berkeluarga, rumah adalah
asas kehidupan sesebuah keluarga, sebab itu kita sering mendengar orang
berkata sesuatu itu adalah bermula dari rumah.
“Ini jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional sentiasa komited
untuk membantu rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan
rendah, dengan adanya usaha itu diharap lebih rakyat yang kurang
berkemampuan mampu memiliki rumah sendiri”, katanya kepada UMNO-Online
di sini.
Pada pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan
bahawa kerajaan akan membina 123,000 unit rumah mampu milik di seluruh
negara dengan peruntukkan sebanyak RM1.9 bilion, dan harga yang
ditawarkan berpatutan berdasarkan kepada lokasinya.
Norliza berkata, pengumuman Perdana Menteri itu sudah pasti
dicemburui oleh pembangkang kerana mereka senelum ini yang kononnya
menjadi juara dalam memperjuangkan nasib rakyat namun masih tidak mampu
meleksanakannya walaupun berkuasa di empat buah negeri.
“Berbeza dengan pembangkang, kononnya mereka pejuang nasib rakyat
tetapi kini nampaknya apa yang dikatakan hanyalan tinggal kata-kata
sahaja, walaupun berkuasa tapi tak mampu untuk laksanakan, apabila kta
cakap pelbagai alasana yang diberi.
“Di Pulau Pinang ini sebagai contoh bagaimana kegagalan kepeimpinan
kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan asas itu untuk rakyat Pulau
Pinang, apa yang kita nampak mereka lebih mengutamakan untuk membina
rumah mahal yang sememangnya tidak mampu dimliki oleh rakyat
berpendapatan rendah,” katanya.
Menurutnya, rakyat perlu bijak dalam membuat pilihan pada pilihan
raya nanti supaya tidak mengulangi kesilapan sebelum ini kerana yang
menanggung kerugian adalah rakyat sendiri kerana pembangkang hanya
pandai bercakap sahaja. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment