Thursday, 11 October 2012

SUARAM bakal disaman di Perancis




SUARAM telah pun mengaku bahawa mereka menerima dana dari National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) iaitu NGO asing yang mana misi utama mereka adalah melakukan 'pertukaran rejim' di negara-negara yang mempunyai nilai ekonomi dan sosial bagi mencapai matlamat Yahudi untuk menguasai dunia.

Kebimbangan mengenai usaha Yahudi untuk menguasai dunia bukanlah satu paranoia umat Islam, tetapi ianya telah disebut dengan tegas di dalam Al-Quran. Peringatan Allah SWT kepada kita ialah agar bersikap hati-hati kepada bangsa Yahudi kerana mereka tidak akan rela kepada kaum muslim sampai kaum muslim tunduk serta mengikuti kemahuan dan keinginan mereka.
Hari ini, bukan sahaja umat Islam tetapi ramai di kalangan barat sendiri meragui kaum Yahudi, lalu mengkaji dan mendedahkan niat dan strategi Yahudi untuk menakluk dunia melalui berbagai-bagai NGO yang menggunakan berbagai nama yang kononnya membawa niat murni seperti memperjuangkan hak asasi, kebebasan, keadilan dan sebagainya.

Bertitik tolak dari itu, pada 1 Oktober lepas, Rusia telah bertindak tegas dengan mengambil tindakan menutup pejabat NED di negara itu setelah menyedari NGO dari Amerika tersebut mempunyai agenda jahat dan terlibat dalam pengubahan wang haram yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Selain NED, semua rangkaiannya seperti International Republican Institute (IRI), the National Democratic Institute (NDI), the Center for International Private Enterprise (CIPE) and the American Center for International Labor Solidarity (ACILS) juga turut ditutup.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa bukan hanya negara-negara Islam seperti Tunisia, Libya, Mesir atau Syria yang disasarkan oleh Yahudi, tetapi juga negara bukan Islam. Dan tentu sekali, Malaysia, sebagai satu-satunya negara Islam yang maju dan aman tidak mungkin terlepas dari menjadi sasaran mereka.
Hari ini, hubungan langsung NED dan juga OSI dengan SUARAM dan pembangkang Malaysia bukan lagi rahsia. Ini terbukti apabila Ketua Pembangkang sendiri, iaitu Anwar Ibrahim tidak segan silu dan langsung tidak bersembunyi atau berahsia mengenai hubungan baiknya dengan pihak ini.

Untuk itu, Anwar, bagi pihak SUARAM telah ke Perancis baru-baru ini semata-mata untuk 'menjemput' seorang peguam bernama William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM yang sedang berhadapan dengan undang-undang Malaysia dalam kes menerima dana asing yang diragui. William Bourdon adalah juga peguam kepada George Soros pemilik OSI iaitu seorang penyangak matawang berfahaman liberal yang radikal. Beliau diketahui umum menjadi 'kilang wang' bagi semua operasi pertukaran rejim yang dirancang oleh rangkaian Yahudi.
Tidak seperti Rusia, NED bergerak di Malaysia melalui perkakasnya iaitu SUARAM dan pembangkang. Oleh itu, yang bakal menerima akibat jika didapati bersalah dalam kes ini ialah SUARAM dan bukannya NED.
Dan malang bagi SUARAM kerana NED telah tersilap dengan memandang rendah akan kekuatan sebuah kebenaran serta kebijaksanaan pemimpin Malaysia. Akibatnya, SUARAM bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan undang-undang Malaysia, tetapi juga Perancis.
Sumber dalaman memberitahu bahawa Mahkamah Perancis dikatakan bakal mendakwa SUARAM setelah mengambil kira beberapa fakta, antaranya:
1. SUARAM telah dengan sengaja mewar-warkan apa yang dipanggil mereka 'kertas siasatan' yang mengandungi Dokumen 87 dan Dokumen 144, kononnya diperolehi dari pejabat Pendakwaraya. Sedangkan, siasatan sepatutnya dijalankan secara tertutup dan rahsia. Jika benar wujud 'kertas siasatan' tersebut, maka tindakan SUARAM mewar-warkannya adalah salah dari segi undang-undang.
2. Dan jika kertas siasatan ini tidak wujud maka SUARAM telah dengan sengaja dan sedar mempermainkan undang-undang dengan menggunakan nama dan pejabat pendakwaraya Perancis.
3. SUARAM juga telah dengan tidak bertanggungjawab mengada-adakan cerita tentang perbicaraan di Perancis, sedangkan ia tidak benar sama sekali.
4. SUARAM bertindak terlalu jauh dengan menggunakan nama hakim Perancis, Le Loire, sesuka hati dalam pembohongan mereka.
5. SUARAM mengadakan perbicaraan melalui media dengan mendahului siasatan sulit oleh hakim penyiasat Perancis.
6. SUARAM menipu menggunakan nama mahkamah Perancis dan membangkitkan persoalan terhadap kecekapan Kementerian Luar Perancis dengan membuat kenyataan mengenai penyerahan sapina kepada warga Malaysia.
7. SUARAM dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap polis Perancis dengan menyatakan bahawa Altantuya memasuki negara tersebut yang mana menyanggah kenyataan rasmi polis Perancis yang menafikannya.
Berita ini membawa makna bahawa pembohongan SUARAM hanyalah setakat ini sahaja. Nampaknya, selepas ini, NED dan OSI perlu bergantung hampir sepenuhnya kepada pembangkang Malaysia untuk meneruskan agenda mereka di negara ini. Namun, dengan hubungan pembangkang dengan Yahudi yang begitu jelas, apakah mereka yakin yang rakyat masih akan terpedaya?

Wednesday, 10 October 2012

Satu pendedahan menarik yang patut di baca oleh semua rakyat Malaysia. Mahukah kita dijajah semula? Mahukah kita duduk bawah yahudi laknattulah?

Sudah jelas lagi bersuluh sememangnya pembangkang Malaysia yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, dijadikan proxy kepada yahudi untuk menjajah Malaysia semula. Pendedahan dari Tun Dr Mahathir ini, benar-benar membuka mata kita rakyat Malaysia!

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan memberi undi kepada pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam.

Beliau menegaskan, Soros menggunakan wang beliau bagi meletakkan calon pilihannya untuk memerintah negara-negara yang disasarkan.

Bagi Malaysia, katanya, Soros memilih pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan pertukaran rejim dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

''Mungkin sesetengah orang masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gemar dengan 'masyarakat sivil' ketika berada dalam kerajaan dan beliau juga masih bercakap tentang perkara itu sekarang. Persamaan idea antara Soros dengan Anwar adalah penting," katanya dalam satu rencana yang ditulis untuk akhbar New Sunday Times hari ini.

Dr. Mahathir secara jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society Institute dalam menukar pemerintah sesebuah negara seperti yang berlaku di Georgia.

Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) juga didakwa turut menerima sumbangan daripada Open Society Institute.

Dr. Mahathir turut melontar persoalan mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah portal berita propembangkang.

''Jelas sekali, tindakan itu adalah untuk menjayakan perubahan rejim dengan meletakkan calon-calon pilihannya sebagai Perdana Menteri dan menteri-menteri di dalam kerajaan Malaysia.

''Apa yang kerajaan itu akan lakukan nanti ? jika tidak melaksanakan hasrat Soros," katanya.

Tegas beliau, Malaysia adalah salah satu sasaran Soros.

''Sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang ingin dijajah semula, itu adalah pilihan mereka. Tetapi saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu menjadi tali barut asing," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, tindakan Soros itu terbukti berjaya menjatuhkan rejim di Georgia, Ukraine dan Hungary. - Utusan


McTheory:
Rupanya Anwar dan Pakatan Haram ni anjing pada Soros..

Thursday, 4 October 2012

TPM ajak rakyat baharui kesedaran..demi kemakmuran negara

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Selangor agar mempunyai kesedaran baharu bahawa negeri itu akan jauh lebih baik jika ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sambil merujuk beberapa kelemahan dan masalah yang dihadapi kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor seperti skandal pengambilalihan hutang Talam Corporation Bhd. dan isu air, tegas Timbalan Perdana Menteri, ia membawa mesej jelas untuk rakyat menilai pentadbiran di negeri itu selama tempoh empat tahun ini.
''Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan kerajaan BN yang lain sudah beberapa kali turun padang ke Selangor. Kita dapat maklum balas tentang pelbagai isu rakyat di negeri ini.
''Jelas rakyat kecewa tentang apa yang berlaku di Selangor yang tak pernah gawat dengan cerita-cerita tak elok. Selama empat tahun ini, bukti kelemahan yang ketara. Banyak isu tak diselesaikan. Lebih banyak berpolitik daripada (buat) kerja. Rakyat dah muak dan rasa sudah sampai waktunya beri peluang balik kepada BN,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program mesra rakyat bersama penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Subang, dekat sini hari ini.
Muhyiddin berkata, rakyat di Selangor khususnya golongan belia semakin memahami dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan dan untuk itu mereka diyakini sudah bersedia untuk kembali menyokong BN.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau melahirkan kebimbangan terhadap pentadbiran Selangor ketika ini yang semakin mundur dan dibelenggu dengan pelbagai masalah.
''Ketika BN dahulu (mentadbir Selangor), ada juga satu, dua masalah tetapi kini (di bawah PKR), masalah yang dihadapi berlarutan. Banyak skandal di Selangor. Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak) juga ada kata Menteri Besar Selangor mungkin diganti. Eloklah supaya kita (BN) boleh tebus semula Selangor.
''Untuk itu, rakyat Selangor perlu ada kesedaran baharu. Kita boleh bekerjasama sebagai satu kumpulan,'' katanya.
Beliau turut membidas kenyataan pembangkang yang melabelkan BN sebagai 'Barang Naik'.
''Itulah, ada mata tak nampak, ada telinga tak dengar. Kita sudah membela nasib rakyat lebih 55 tahun,'' tegas beliau.
Sementara itu, beliau ketika berucap sempena program mesra warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Timbalan Perdana Menteri di Pangkalan Udara Subang berkata, rangkaian kerja strategik antara kerajaan dan anggota keselamatan adalah perlu bagi mewujudkan negara yang baik dan selamat.
Perkara itu jelasnya, membolehkan kerajaan memfokus dan melaksanakan kerja membela nasib rakyat khususnya dalam mengurangkan bebanan rakyat yang berdepan kos sara hidup tinggi.
''Sebagai contoh, kita merupakan satu-satunya negara yang mengadakan sistem kawalan harga barang. Tidak ada negara lain berbuat demikian termasuk di China dan Amerika Syarikat.
Jika ada yang kata kerajaan tidak membela rakyat, apakah itu (sistem kawalan harga) tidak membela rakyat? Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti yang tercatat dalam Bajet 2013,'' jelasnya.
Selain Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed, program mesra terbabit turut dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121005/dn_04/TPM-ajak-rakyat-baharui-kesedaran#ixzz28NriVstZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini mendakwa, sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di negara ini.
Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.
Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini...


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121005/dn_02/Suaram-terima-RM100-juta-dana-asing#ixzz28No41A3h
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 3 October 2012

123,000 unit rumah mampu milik untuk kesejahteraan rakyat

Keprihatinan terhadap keperluan rumah kediaman mendapat perhatian daripada kerajaan apabila dalam Bajet 2013 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  ada menyatakan untuk membina 123,000 unit rumah mampu milik dengan harga berpatutan untuk mereka yang layak.
Pembinaan rumah berkenaan akan dilakukan dibeberapa kawasan strategik terutama di kawasan bandar utama di seluruh negara seperti di Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Bahru (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang).
Naib Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim berkata pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan kerajaan sentiasa komited untuk membantu rakyat terutama dalam isu kediaman yang sempurna dengan memiliki rumah sendiri.
“Memiliki rumah dan kediaman yang sempurna menjadi impian setiap orang terutama di kalangan mereka yang sudah berkeluarga, rumah adalah asas kehidupan sesebuah keluarga, sebab itu kita sering mendengar orang berkata sesuatu itu adalah bermula dari rumah.
“Ini jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional sentiasa komited untuk membantu rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah, dengan adanya usaha itu diharap lebih rakyat yang kurang berkemampuan mampu memiliki rumah sendiri”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Pada pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan membina 123,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara dengan peruntukkan sebanyak RM1.9 bilion, dan harga yang ditawarkan berpatutan berdasarkan kepada lokasinya.
Norliza berkata, pengumuman Perdana Menteri itu sudah pasti dicemburui oleh pembangkang kerana mereka senelum ini yang kononnya menjadi juara dalam memperjuangkan nasib rakyat namun masih tidak mampu meleksanakannya walaupun berkuasa di empat buah negeri.
“Berbeza dengan pembangkang, kononnya mereka pejuang nasib rakyat tetapi kini nampaknya apa yang dikatakan hanyalan tinggal kata-kata sahaja, walaupun berkuasa tapi tak mampu untuk laksanakan, apabila kta cakap pelbagai alasana yang diberi.
“Di Pulau Pinang ini sebagai contoh bagaimana kegagalan kepeimpinan kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan asas itu untuk rakyat Pulau Pinang, apa yang kita nampak mereka lebih mengutamakan untuk membina rumah mahal yang sememangnya tidak mampu dimliki oleh rakyat berpendapatan rendah,” katanya.
Menurutnya, rakyat perlu bijak dalam membuat pilihan pada pilihan raya nanti supaya tidak mengulangi kesilapan sebelum ini kerana yang menanggung kerugian adalah rakyat sendiri kerana pembangkang hanya pandai bercakap sahaja. -MediaUMNO

Amanat PM 'Perubahan' dalam konteks kemakmuran

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat ‘perubahan’ yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.
Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.
“Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang,” kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, hari ini.
Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.
Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat.
“Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.
“Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini,” katanya.
Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020.
Beliau berkata negara maju pun jika tidak ditadbir dengan baik dan gagal membina kekayaan baru ia juga akan runtuh dan menyebabkan ekonomi negara mereka gawat seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah yang mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi.
“Hakikatnya kita tak boleh terima bantuan demi bantuan tanpa memikirkan macam mana nak mencipta dan menjana kekayaan…negara yang bagi bantuan tanpa jana pndapatan baru, ekonomi negara akan menghadapi masalah,” katanya.
Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah di antara lebih 70,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri itu.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri. – MediaUMNO