Thursday 16 February 2012

Saiful Apek bakal dipenjarakan- positif ganja..JAUHI DADAH!!!..


16 Feb – Pelakon komedi terkenal tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja.
Pada 10 Jun 2010, Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan yang diketuai oleh Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway
Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu dia telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh – Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.
"Ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah," kata Sanggar.
Pada 1 November tahun lalu, pelakon "Bujang Telajak" ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.
Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.

No comments:

Post a Comment