KUALA LUMPUR, 7 Dis – Malaysia akan terus memerangi rasuah dan
memperbaiki kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kata Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri dalam mesej terbaharu Tweeternya malam Khamis
berkata: “Malaysia meningkat enam tempat lagi dalam Indeks Persepsi
Rasuah, menjadikan kita tempat ketiga dalam kalangan negara Asean.
Kedudukan yang akan sentiasa kita perbaiki.”
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Transparency
International mengenai kedudukan Malaysia yang lebih baik dalam CPI
tahun ini iaitu kedudukan ke-54 berbanding ke-60 tahun lalu.
Malaysia meraih 49 daripada 100 mata dalam kajian yang mengukur tahap rasuah dalam sektor awam daripada 176 negara.
Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara Asean, iaitu
di belakang Singapura (kelima dunia) dan Brunei di tempat ke-46 dunia.