Saturday, 18 February 2012

Debat Chua & Lim Guan Eng tapi Lim elak jawab kritikan



Pada 18 Feb 2012. - Hari ini dalam sejarah...Didapati selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelihatan hebat ketika memberi ceramah di atas pentas politik tetapi apabila diberi peluang debat. beliau enggan menjawab beberapa kritikan terhadapnya ketika mengambil bahagian dalam debat MCA-DAP di Berjaya Times Square di sini hari ini.
Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.
MCA diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada debat itu yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.
Terdahulu, pihak penganjur telah menetapkan beberapa garis panduan termasuk membenarkan peserta persidangan mengajukan soalan kepada kedua pendebat tersebut.
Antara soalan peserta persidangan ialah adakah Guan Eng akan menghapuskan tol Sungai Nyor di Pulau Pinang seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
"Berkenaan 'cek kosong' atau janji kosong di Pulau Pinang, kerajaan negeri beriltizam untuk melaksanakannya termasuk tol di Sungai Nyor, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kuasa berada di bawah Kerajaan Pusat," jawabnya.
Namun penjelasan Guan Eng itu ternyata tidak memuaskan hati penyokong MCA dan mengakibatkan dewan menjadi gamat.
Selain itu, Guan Eng langsung tidak menjawab soalan peserta persidangan yang mendakwa rakyat Cina di Kedah ditindas di bawah pentadbiran kerajaan Pas.
Malah Setiausaha Agung DAP itu juga 'menolak' untuk menjawab soalan tentang beliau cuba menyembunyikan isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membabitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Kegagalan Guan Eng menjawab beberapa soalan itu menyaksikan penyokong DAP hanya mampu 'duduk diam' melihat penyokong MCA terus 'menyebut-nyebut' nama Soi Lek.
Dalam pada itu, semasa sidang akhbar, Guan Eng mengalu-alukan tindakan MCA menjemputnya berdebat kerana ia merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.
Katanya, mereka berdua juga bersetuju supaya satu lagi sesi debat antara MCA dan DAP diadakan sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris pada bulan depan.
"Ia merupakan perkara yang ditunggu-tunggu kerana selama 55 tahun, akhirnya satu perdebatan antara MCA dan DAP menjadi kenyataan kerana sesi debat itu sepatutnya berlangsung lebih awal," katanya.
Sementara itu, Soi Lek menyifatkan tidak ada pihak yang menang dan kalah dalam debat itu kerana pemenang bagi debat itu adalah rakyat bukan beliau atau Guan Eng.
"Ini kerana, disebabkan kekangan masa, adalah sukar untuk menjawab lima soalan dalam tempoh tiga minit," katanya...Apapun kaum cina perlu memilih pemimpin yang akan membawa transformasi untuk Malaysia dan bukannya pemimpin boneka..hebat berhujah namun tiada hasil kerja yang boleh dibanggakan dan memberangsangkan negara dan rakyat....

Thursday, 16 February 2012

Saiful Apek bakal dipenjarakan- positif ganja..JAUHI DADAH!!!..


16 Feb – Pelakon komedi terkenal tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja.
Pada 10 Jun 2010, Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan yang diketuai oleh Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway
Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu dia telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh – Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.
"Ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah," kata Sanggar.
Pada 1 November tahun lalu, pelakon "Bujang Telajak" ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.
Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.

Tuesday, 14 February 2012

Dr M berkata : Amerika, Israel mahu kerajaan sekarang ditukar spt di Asia Barat

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan di Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.
Menulis di blog chedet.cc , beliau berkata kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Barat terhadap Iran dan beberapa negara lain.
“Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.
“Memang pun Malaysia menjadi calon untuk ‘regime change’ kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.
“Adalah menjadi harapan Amerika, apabila ‘regime change’ berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestin.
“Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia,” kata Mahathir.
Beliau mengulas kenyataan bekas timbalannya itu semasa ditemubual dengan majalah Wall Street Journal yang berkata beliau menyokong usaha "melindungi keselamatan negara Israel".
Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.
Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi kerajaan mengakui bahawa mereka tidak boleh menghalang syarikat-syarikat swasta daripada berurus niaga dengan rejim itu...Oleh itu, rakyat Malaysia perlu tahu apa agenda sebenar pakatan menjunjung ketua parti pembangkang itu iaitu  Anwar menjadi PM akan datang.

Friday, 10 February 2012

Adakah Anwar layak digelarkan pemimpin ISLAM????...

Sudah tentu jawapannya TIDAK kerana  pandangan saya melalui sumber wakil perikatan pimpinan Ikhwan Muslimin yang berpangkalan di London, Dr. Azzam Tamimi menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam (IIPT) itu berkata, seorang pemimpin Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yang bertentangan dalam kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin.

“Anwar Ibrahim sebagai pendukung perjuangan Islam di Malaysia baru-baru ini dipetik melalui The Wall Street Journal telah memberi sokongan kepada usaha menjaga keselamatan negara Israel.

“Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,” katanya melalui entri blognya www.azzamtamimi.blogspot.com.

Anwar baru-baru ini mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya melalui The Wall Street Journal yang dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”  Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Azzam yang merupakan penganalisis isu Palestin dan Timur Tengah turut mengemukakan perkara asas yang perlu difahami berhubung isu Palestin-Israel iaitu antaranya:

* Palestin merupakan kawasan Arab Islam yang diserang kuasa Barat yang menubuhkan negara Zionis bagi menyelesaikan masalah Yahudi yang teruk di Eropah.

* Masalah di Palestin tidak berpunca daripada persengketaan antara penganut Islam dan Yahudi kerana kedua-dua komuniti hidup aman sejak berabad lamanya, sebaliknya masalah timbul apabila Zionis menghalau penduduk Palestin dan menubuhkan sebuah negara yang bermusuhan dengan rakyat Palestin.

* Zionis merupakan sebuah entiti rejim yang perkauman (apartheid) yang jelas memberi ancaman kepada manusia sejagat.

* Masyarakat Islam sedia bekerjasama dengan semua bangsa termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, namun Islam tidak akan bertoleransi atau memberi pengiktirafan kepada apa yang tidak sah dalam usaha toleransi untuk keamanan.

* Perjanjian damai yang dipersetujui oleh beberapa negara Arab seperti Mesir dan Jordan dengan Zionis di Palestin tidak adil dan tidak sah kerana dilakukan secara tidak demokrasi tanpa mengikut kehendak rakyat. Rakyat negara terbabit seharusnya diberi hak menyatakan pendirian mengenai perjanjian tersebut.

* Masyarakat Islam tidak menerima pengepungan haram yang dikenakan ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Kami tidak mensesiakan sebarang usaha yang boleh mengakhiri pengepungan itu – Utusan

BOngKaR RahSia DSAI bersama Pemikir2 YAHUDI & NASRANI menjahanamkan Kerajaan MALAYSIA

1.Melalui kajian drpd analisis  Amerika pilih Anwar sebagai aset antarabangsa sedangkan beliau bukan pakar ekonomi kerana hanya kelulusan general degree, Sastera dan Sains Sosial dari UM dan bekas aktivis Islam ABIM,WAMY dan IIT.

2. Barangkali latar belakang itulah disimpulkan oleh pemikir-pemikir Yahudi, termasuk Paul Wolfowitz bahawa Anwar boleh ‘diperalatkan’ kerana melihat pontensi Anwar sebagai seorang yang mempunyai keupayaan berpidato (orator) tetapi ‘opportunist’ yang bercita-cita tinggi. Bahkan Anwar dilihat berpontensi boleh memanipulasikan agama serta mudah berkawan termasuk Yahudi dan Nasrani.

3. Menurut laporan “Jewish Political Studies Review” (Oktober 2006), peranan Anwar adalah tukang lapor kepada American Jewish Organizations (AJO) mengenai negara-negara Islam yang telah kritik regim Israel.

4. Pada 1997, Anwar melaporkan kepada AJO bahawa Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia telah membantu pihak Islam di Palestin serta mengkritik rejim Israel, pimpinan Netanyahu.

5. Laporan itu menyebut,”The Malaysian UN ambassador and Anwar Ibrahim explained that Malaysia supported Palestinian rights and censured the Netanyahu government. The time was not right to continue working to improve relations, and Malaysia was not ready for normalization. Additional Jewish organizations condemned Mahathir as an anti-Semite, as did the U.S. State Department. The World Jewish Congress announced that it would file a complaint with the UN Council on Human Rights in Geneva. The U.S. House of Representatives passed a resolution condemning Mahathir for his anti-Semitic remarks“. Baca laporan lengkap di sini.

6. Menurut Mike Billington, dalam mengulas buku tulisan Anwar, “The Asian Renaissance” (Kuala Lumpur: Times Books International,1996) lebih membela dasar-dasar penjajahan Barat ke atas Asia. Bermakna buku tulisan Anwar itu sendiri telah meletakkan dirinya sebagai pro-Barat dan mengharapkan beliau dipilih Barat sebagai’pemimpin agung’ di rantau Asia.

7. Kesungguhan meletakkan diri sebagai ‘pemimpin agung’ Asia, jelas terpancar lagi apabila beliau mengarahkan badan pemikirnya, Institut Kajian Dasar (IKD) menganjurkan program ‘lobi nama Anwar’ di Amerika melalui Dailog Pasifik bermula 1994-1998.

8. Program ‘lobi nama Anwar’, Dailog Pasifik adalah anjuran IKD (diketuai Kamaruddin Jaafar) dengan kerjasama Asia Pacific Policy Center(APPC), Washington DC, pimpinan Douglas H. Paal.

9. Malah menurut pengakuan bersumpah DATO’ ABDUL MURAD BIN KHALID, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Anwar telah mengarahkan beliau membelanjakan RM 38 million kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan USD 10 Million kepada Douglas H. Paal.

10. Begitu besar Anwar membazirkan wang rakyat semata-mata untuk mencipta nama di kaca mata Amerika. Barangkali ketika itu Anwar sudah pasang cita-cita untuk bertakhta di mahligai PM Putrajaya.

11. Hasilnya dalam “Program Dailog Pasifik” anjuran IKD & APPC, di Pulau Pinang pada 1994 telah mengundang tokoh-tokoh Amerika pro parti Democrate, Presiden Bill Clinton seperti Senator Sam Nunn (Pengerusi senat Jawatankuasa Perkhidmatan Senjata) dan Senator William Cohenke Malaysia.

12. Manakala dalam “Program Dailog Pasifik II”, anjuran IKD & APPC, di Kuala Lumpur pada 1996 sekali lagi tokoh-tokoh Amerika parti Democrate seperti Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) datang ke Malaysia.

13. Sekali lagi IKD & APPC menganjurkan “Program Dailog Pasifik III”pada 1998, di Kuala Lumpur. Tokoh Yahudi Amerika yang hadir ketika ituHenry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika) dan William Cohen, yang telah dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika, di bawah Presiden Clinton.

14. Sebab itu tidak hairan, apabila Anwar ditangkap 1998 dua tokoh Yahudi parti Democrate, Presiden Clinton iaitu Al Gore (ketika itu Naib Presiden Amerika) dan Madeline Albright (ketika itu Setiausaha Negara Amerika) menyokong perjuangan “Reformasi” Anwar di Malaysia.

Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 1998-2004
1. Seorang lagi kenalan Anwar ialah Paul Wolfowitz yang asalnya penyokong parti Democrate mula beralih sokongan kepada parti Republican, apabila parti Bill Clinton (Democrate) tewas pada 2001.

2. Parti Republican, Presiden Bush telah mengambil Paul Wolfowitz  sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika dari 2001-2005.

3. Ketika WTC diserang pada 11 September 2001, Anwar dari penjara Sungai Buloh telah menulis surat peribadi kepada Wolfowitz mengutuk Sadam Hussein dan Iraq sebagai faktor serangan tersebut.

Tulis PETER J. BOYER, dalam artikelnya “THE BELIEVER”, “Three years later, just after the September 11th attacks, Ibrahim, still in a Malaysian jail, wrote an impassioned essay condemning the attacks as an abomination and lamenting the Muslim world’s failure to address “the suffering inflicted on the Muslim masses in Iraq by its dictator as well as by sanctions”

4. Apabila Paul Wolfowitz serang Iraq pada 2003, kawan baik Anwar iaituPaul Martin (Ketika itu Perdana Menteri Kanada-2003-2006) menjadi sekutu utama Presiden Bush memusnah umat Islam di Iraq.

Kepimpinan Anwar di institusi antarabangsa dari 2004- sekarang
1. Apabila Anwar dirawat di Munich, Jerman (2004) Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar. Menurut Mike Billington dalam artikelnya ‘Anwar:
Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back, Wolfowitz merupakan pencatur karier politik Anwar di peringkat Antarabangsa, terutamanya di Amerika Syarikat.

2. Paul Wolfowitz telah catur Anwar sebagai pensyarah pelawat di John Hopkins & Georgetown University, Konsultan Bank Dunia dan Pengerusi Foundation For The Future


3. Menurut laman web ‘moon of Alabama‘, antara lain fungsi penubuhan Foundation For The Future yang pernah dipengerusikan Anwar adalah menyalurkan dana dan bekal senjata kepada kumpulan FATAH berperang dengan kumpulan HAMAS di Palestin. Perkara ini semakin terdedah apabila Anwar menandatangani Deklarasi sokong “Annapolis Summit 2007” yang iktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

4. Walaupun Anwar berasal dari Malaysia tetapi beliau tetap dipilih Amerika sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future meskipun asas penubuhan badan itu hanya untuk Timur Tengah dan Afrika Utara. Sepatutnya wakil dari Timur Tengah atau Afrika Utara yang perlu dipilih menerajui badan itu. Kenapa Amerika pilih Anwar ?

5. Berkaitan dengan hubungan Anwar dengan Paul Martin, Michel Camdessus dan James Wolfensohn masih diteruskan semenjak 2004 hingga sekarang.

6. Anwar, Paul Martin dan James Wolfensohn sama-sama terlibat dalam “Managing Global Insecurity (MGI)” satu institusi yang berpengkalan di New York. Institusi ini mendapat dana Yahudi Amerika termasuk Madeline Charitable Trust, George Soros Foundation (Open Society Institute), Rockefeller Brothers Fund, Brookings Institution dan lain-lain.

7. Matlamat utama MGI adalah untuk mengenal pasti ‘rakan kongsi’(networking) dari pelbagai negara bagi memastikan Amerika sebagai kuasa unggul di dunia.

8. James Wolfensohn pula dianggap salah seorang penaja Yahudi yang kaya dan terlibat dalam key player dalam politik Amerika. Beliau menjadiBoard of director Rockefeller Foundation, CBS, Bilderberg dan the Council on Foreign Relations (CFR). Badan-badan ini juga mempunyai kaitan rapat dengan penajaan Anwar.

9. Pada 2005, Condoleezza Rice, Setiausaha Negara Amerika lantikWolfensohn “special envoy” di Gaza bagi membantu memperkuatkan kedudukan Israel di kawasan itu.